Penyelidikan bukanlah satu perkara baru  dalam dunia pendidikan pada masa kini. Penyelidikan yang dilakukan oleh para penyelidik merupakan usaha  untuk menyumbang ke arah peningkatan kecemerlangan diri, akademik dan pembangunan organisasi. Penyelidikan membolehkan penyelidik mengkaji secara sistematik apa sahaja bidang mahupun pengajaran dan pembelajaran demi meningkatkan kualitinya. Dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2015-2025 turut menyentuh tentang ekosistem inovasi dalam pendidikan bagi memacu kecemerlangan yang berterusan pendidikan.

Dalam konteks  Politeknik dan Kolej Komuniti, budaya penyelidikan  perlu dipupuk dalam kalangan pensyarah dan pelajar mahupun staf sokongan apatah lagi kewujudan  Revolusi Perindustrian 4.0. Tuntutan Revolusi Perindustrian 4.0 memerlukan individu samada tenaga akademik mahupun pelajar untuk melakukan perubahan seiring dengan transformasi digital untuk kekal berdaya saing menuju teknologi baharu pada masa hadapan. Pendidik di dalam bidang latihan teknik dan vokasional tidak terlepas untuk terlibat secara langsung dalam penyelidikan dan pembangunan inovasi Revolusi Perindustrian 4.0. Warga Politeknik dan Kolej Komuniti perlu diberi galakan dan sokongan supaya budaya penyelidikan terus berkembang. Hasil dapatan penyelidikan  yang menjurus kepada pentadbiran dan pengurusan organisasi perlu disebarkan supaya dapat menyemarakkan lagi perkembangan dan kemajuan organisasi.

Sehubungan dengan itu, Seminar Pembelajaran Sepanjang Hayat Kebangsaan (SPSH) adalah satu wadah yang amat sesuai untuk mencapai matlamat ini dalam tuntutan norma baharu yang kita perlu patuhi ekoran faktor pandemik Covid-19. Program ini akan memberi peluang kepada para pendidik membentangkan hasil penyelidikan mereka serta diketengahkan untuk tujuan pembangunan organisasi dan memberi pendedahan kepada pelajar tentang pengendalian seminar inovasi.  Para pelajar juga tidak melepaskan peluang mengambil bahagian dalam jawatankuasa  pengendalian seminar. Semoga dengan adanya program ini dapat membantu kita semua menuju ke arah kecemerlangan secara kreatif dan meyokong ekosistem inovasi yang menjadi teras kelima Pelan Strategik Jabatan Politeknik dan Kolej Komuniti.



Anjuran:
Politeknik & Kolej Komuniti Zon Selatan
Kementerian Pengajian Tinggi

Bersama:
Jabatan Pendidikan Politeknik & Kolej Komuniti

Penyertaan

Tarikh: 12 dan 13 Julai 2021
Peserta: Terbuka kepada semua pelajar dan pensyarah Kolej Komuniti, Politeknik, IPG, ILKA dan UA.
Yuran Penyertaan: RM150.00

Kami mempunyai 2 pengunjung dan tiada ahli dalam talian

PelawatPelawat15541
10.1.17.1

Penafian | Terma Penggunaan | Polisi Privasi | Peta Laman
Resolusi Terbaik 1920 x 1080 piksel menggunakan pelayar internet Google Chrome

Hakcipta Terpelihara © 2023 | Seminar PSH 2021 - Anjuran: Politeknik & Kolej Komuniti Zon Selatan | Kolej Komuniti Ledang