1. Seminar PSH 2021 terbuka kepada semua pelajar dan pensyarah Kolej Komuniti, Politeknik, IPG, ILKA dan UA.
  2. Yuran penyertaan bagi satu kertas kajian adalah sebanyak RM150.00. Yuran pendaftaran yang telah dibayar tidak akan dikembalikan sekiranya peserta tidak dapat menyertai persidangan. Bayaran adalah secara atas talian (pautan bayaran akan dikemaskini). Tarikh akhir bayaran adalah pada 21 Jun 2021.
  3. SKOP PERSIDANGAN:
    • Latihan dan Pembelajaran Sepanjang Hayat
    • Penyelidikan dalam Pengajaran dan Pembelajaran
    • Keusahawanan / Perniagaan / Ekonomi / Perakaunan
    • Hal Ehwal Pelajar dan Psikologi
    • Pengurusan Organisasi dan Sistem Pentadbiran
  4. Satu kumpulan penyertaan TIDAK BOLEH melebihi daripada tiga (3) orang ahli. Senarai nama keahlian TIDAK BOLEH diubah selepas berjaya mendaftar.
  5. Kertas kajian PENUH perlu dihantar melalui laman web SPSH 2021 selewat-lewatnya pada 24 Mei 2021.
  6. Abstrak dan kertas kajian akan di SEMAK oleh Panel Penilai yang telah dilantik oleh pihak penganjur bagi tujuan saringan dan keputusan Penilai adalah MUKTAMAD.
  7. Kertas kajian yang telah diperbaiki berdasarkan komen Panel Penilai perlu diserahkan kepada pihak penganjur selewat-lewatnya pada 9 Jun 2021.
  8. Kertas kajian yang tidak diperbaiki berdasarkan komen Panel Penilai tidak akan diterbitkan ke dalam e-Prosiding Seminar PSH 2021.
  9. Kertas kajian yang gagal dibentangkan akan dikeluarkan daripada penyertaan. Segala tuntutan yuran pendaftaran tidak akan dikembalikan.
  10. Sijil pembentang hanya dikeluarkan kepada peserta yang membuat pembentangan (terhad kepada satu (1) orang pembentang sahaja). Kredit automatik diberikan kepada semua penulis dan diterbitkan dalam e-Prosiding.

Kandungan Video Pembentangan:

  • Video mestilah dimulakan dengan montaj SPSH2021. Montaj: DI SINI
  • Kemudian diikuti dengan Pengenalan Diri, Tajuk Kajian, dan info berkaitan kajian penyelidikan.
  • Bahan kandungan video (audio latar, montaj, bahan video, grafik) yang dimasukkan ke dalam video adalah di bawah tanggungjawab peserta. Pihak penganjur tidak bertanggungjawab sekiranya bahan video diambil tanpa kebenaran pihak tertentu.

 

Maklumat Penting:

  • Durasi video mestilah tidak melebihi tujuh (7) minit.
  • Tarikh akhir penghantaran video (shareable link) adalah pada 5 Julai 2021.
  • Video hendaklah dimuat naik ke dalam Google Drive atau One Drive dan kongsikan pautan (shareable link) di dalam Laman Pembentang. Pautan (shareable link) akan digunakan oleh pihak Urus Setia untuk memuat turun video tersebut.
  • Keputusan penganjur adalah muktamad. Sebarang aduan atau rayuan tidak akan dilayan.
  • Penganjur berhak menolak sebarang penyertaan sekiranya kandungan video tidak bersesuaian dengan pertandingan ini.
  • Video yang mendapat ‘ LIKE ‘ terbanyak akan memenangi anugerah Video Paling Popular.
  • Pengumuman keputusan rasmi akan disiarkan melalui laman Facebook rasmi Kolej Komuniti Ledang, laman web rasmi SPSH 2021, saluran rasmi Youtube SPSH 2021 dan pengumuman keputusan akan dimaklumkan kepada peserta.
  • Video pembentangan ini akan digunakan semasa telesidang. Telesidang akan berjalan secara rakaman pembentangan yang telah dimuat naik lebih awal.

Penyertaan

Tarikh: 12 dan 13 Julai 2021
Peserta: Terbuka kepada semua pelajar dan pensyarah Kolej Komuniti, Politeknik, IPG, ILKA dan UA.
Yuran Penyertaan: RM150.00

Kami mempunyai 2 pengunjung dan tiada ahli dalam talian

PelawatPelawat8803
3.231.230.177

Penafian | Terma Penggunaan | Polisi Privasi | Peta Laman
Resolusi Terbaik 1920 x 1080 piksel menggunakan pelayar internet Google Chrome

Hakcipta Terpelihara © 2021 | Seminar PSH 2021 - Anjuran: Politeknik & Kolej Komuniti Zon Selatan | Kolej Komuniti Ledang